30,000 bangunan kediaman di zon gempa bumi Turkiye dibina

Erdogan (kanan) memberi salam kepada orang ramai ketika melawat kem selepas gempa bumi besar di Kahramanmaras, Turki pada Rabu minggu lepas. - Foto EPA/ Pejabat Akhbar Presiden Turkiye
Erdogan (kanan) memberi salam kepada orang ramai ketika melawat kem selepas gempa bumi besar di Kahramanmaras, Turki pada Rabu minggu lepas. - Foto EPA/ Pejabat Akhbar Presiden Turkiye
A
A
A

ANKARA - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, pihak berkuasa akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman di zon gempa bumi pada Mac, lapor Sputnik.

"Kami akan segera memulakan kerja pembinaan sebaik sahaja penilaian kerosakan selesai.

"Mulai awal Mac, kami akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman.

"Matlamat kami adalah untuk menyiapkan pembinaan beberapa bangunan berkualiti tinggi dan selamat dalam tempoh setahun yang akan menyelesaikan masalah perumahan di zon berkenaan," katanya.

Erdogan berkata, 98 peratus bangunan yang runtuh akibat gempa bumi baru-baru ini telah dibina sebelum 1999.

Angka kematian akibat gempa bumi yang dahsyat di Turkiye kini melebihi 35,000.

Bencana itu disifatkan tragedi terburuk dalam sejarah. - Bernama

Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/