Jokowi 'layan' konsert Dewa 19 di Medan

Jokowi dan isteri, Iriana hadir menyaksikan konsert Dewa 19 di Medan, Indonesia. - Agensi
Jokowi dan isteri, Iriana hadir menyaksikan konsert Dewa 19 di Medan, Indonesia. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang sekian lama dikenali sebagai peminat kumpulan rock menyertai pengunjung menyaksikan persembahan secara langsung konsert Dewa 19 di pusat Konvensyen di Medan, Sumatera Utara, lapor Asia News Network (ANN).

Dalam rakaman video pendek yang diambil pemain keybord, Ahmad Dhani dari atas pentas, Jokowi dilihat sedang mengikut rentak lagu popular kumpulan itu di tempat duduk manakala isterinya, Iriana menari dan melambai tangan.

Jokowi yang memakai t-shirt lengan panjang warna coklat turut dilihat membacakan lirik lagu Dewa 19 seperti 'Pupus' dan 'Arjuna'.

Kemudian, dalam konsert tersebut, Ahmad Dhani mengarahkan anggota kumpulannya termasuk penyanyi Ari Lasso dan pemain bass, Yuke Sampurna menyambut presiden itu.

Ahmad Dhani adalah pengkritik lantang Jokowi dan merupakan penyokong kuat Pengerusi Parti Gerindra, Prabowo Subianto semasa bekas jeneral itu bertanding jawatan presiden pada 2014.

Prabowo pernah muncul ketika Dewa 19 memulakan jelajah reunion mereka pada minggu lalu di Stadium Antarabangsa Jakarta di Jakarta Utara. - Agensi

Artikel Berkaitan: