Kaka Azraf dah bersedia jadi ibu

Kaka Azraf
Kaka Azraf
A
A
A

PELANTUN lagu popular Sibuk, Kaka Azraff, 30, mendedahkan dia sudah bersedia untuk bergelar ibu selepas empat bulan lebih diijabkabulkan bersama lelaki pilihannya.

Kaka Azraff ataupun nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, berkata, suami, Adam Azriff, juga sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dan bergelar bapa.

“Sejujurnya saya dan suami, masing-masing sudah bersedia untuk menjadi ibu bapa.

“Sekarang ini kami dalam ‘proses’ itu. Kami memang tak merancang dan kalau ada rezeki alhamdulillah kami terima.

No Image Caption

“Kalau ada berita gembira saya akan kongsikan dengan semua. Rasanya tak sabar sangat sebab saya suka baby,” katanya sebagaimana dilaporkan mStar Online.

Kaka dan suami juga memberitahu mereka tidak kisah jika dikurniakan anak yang ramai.

“Selagi boleh hamil kami on sahaja. Tak kisah anak berapa pun namun sekarang ini kami berserah kepada takdir.

Artikel Berkaitan:

“Tapi kalau boleh anak pertama nak perempuan sebab saya suka cantik-cantik,” katanya suami juga tidak kisah mengenai jantina anak.

Pasangan itu selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu.