Projek Timun PPK Gua Musang

A
A
A
Pengurus Projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gua Musang Abu Mohsein Setap melakukan kerja-kerja memetik sebahagian timun yang sudah matang ketika ditemui pemberita di PKK Gua Musang di sini.

PPK Gua Musang telah menghasilkan lebih 4,000 tanaman timun dan halia dengan menggunakan kaedah fertigasi gantung di sekitar kawasan pejabat tersebut.

Pengurus Besarnya, Mohd Zulharman Zakaria berkata projek tani tersebut mendapat peruntukan RM80,000 daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kerana tanaman ini mudah diselenggara dan jimat tenaga.

Projek fertigasi gantung ini diusahakan di dalam kawasan pejabat sekali gus dapat memperkenalkan kaedah tanaman ini kepada ahli PPK dan penduduk setempat yang datang ke sini.