PM pertimbang ke Turkiye malam ini

Anwar dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Selasa. - Foto Bernama
Anwar dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk bertolak ke Turkiye pada malam Selasa.

Anwar berkata, beliau mungkin mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan serta menunjukkan sokongan susulan kejadian gempa bumi dahsyat di negara itu baru-baru ini.

“Saya diminta oleh Presiden Turkiye untuk segera ke sana bagi memberikan sokongan moral dan saya sedang mempertimbangkan sama ada terpaksa bertolak malam ini ke Turkiye bagi menunjukkan sokongan kita.

“Beberapa negara telah sampai dan Presiden Erdogan telah meminta saya untuk ke sana secara peribadi di sana,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar menjelaskan, beliau menerima panggilan sebanyak dua kali daripada Erdogan yang meminta beliau ke Turkiye.

Bencana gempa bumi kuat yang bermagnitud 7.8 pada skala richter melanda kawasan selatan Turkiye dan Syria pada 6 Februari lalu.

Media melaporkan sehingga Selasa, bencana itu sudah meragut lebih 35,000 nyawa dan mengakibatkan berjuta-juta lagi memerlukan bantuan.