Bekalan air pulih sepenuhnya - Air Selangor

Bekalan air di tujuh wilayah Selangor yang terjejas berikutan henti tugas empat LRA pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi. - Gambar hiasan
Bekalan air di tujuh wilayah Selangor yang terjejas berikutan henti tugas empat LRA pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekalan air di tujuh wilayah Selangor yang terjejas berikutan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) telah pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, hari ini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), ia membabitkan 369 kawasan di Petaling, diikuti Gombak (278), Hulu Selangor (30), Klang & Shah Alam (189), Kuala Langat (tiga) dan Kuala Selangor (168).

"Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada Ahad, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau seperti diesel di muka sauk LRA Rantau Panjang.

Insiden pencemaran itu mengakibatkan sejumlah 1,335 kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. - Awani