Mayat tanpa identiti ditemui terdampar di Pantai Lagenda

Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemui terdampar di Pantai Lagenda, pada pagi Isnin. - Foto JBPM Pahang
Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemui terdampar di Pantai Lagenda, pada pagi Isnin. - Foto JBPM Pahang
A
A
A

PEKAN - Mayat lelaki lengkap berpakaian namun tanpa identiti ditemui terdampar oleh orang awam di Pantai Lagenda, di sini sekitar jam 8 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zain berkata, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan segera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu.

"Tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan namun kita meminta bantuan unit forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang bagi membantu siasatan," katanya pada Isnin.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya dihubungi pusat gerakan operasi bagi membantu susulan penemuan mayat tanpa identiti itu pada jam 9 pagi.

"Buat masa ini siasatan lanjut telah dilakukan pihak polis,” katanya.