Wu Yibing pemain China pertama juara Jelajah ATP

Wu Yibing
Wu Yibing
A
A
A

BINTANG tenis, Wu Yibing menyerap intensiti tinggi daripada John Isner untuk menjadi pemain China pertama memenangi gelaran Jelajah ATP di Terbuka Dallas pada Isnin.

Pemain berusia 23 tahun dari Wilayah Hangzhou itu menyelamatkan empat mata perlawanan sebelum meraih kemenangan 6-7 (4/7), 7-6 (7/3), 7-6 (14/12) dalam masa kurang tiga jam untuk meraih kemenangan ATP sulung.

Wu, yang melonjakkan kedudukan dunia pada tahun lalu daripada 1,869 Mac lalu kepada 97 dunia, rebah di gelanggang akibat kegembiraan berikutan kemenangan tersebut.

Kemenangan itu merupakan satu lagi pencapaian mengagumkan bagi Wu, yang tahun lalu menjadi pemain pertama dari China mara ke pusingan ketiga Terbuka AS.

Kemunculan Wu berada dalam kelompok barisan pemain profesional bermula pada separuh akhir perseorangan Terbuka Australia pada 2017.