Skuad skuasy remaja wanita muncul juara Asia

Skuad skuasy remaja wanita mengungguli Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia, manakala skuad lelaki meraih gangsa di Chennai, India pada Ahad. - Foto Facebook SRAM
Skuad skuasy remaja wanita mengungguli Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia, manakala skuad lelaki meraih gangsa di Chennai, India pada Ahad. - Foto Facebook SRAM
A
A
A

SKUAD skuasy remaja wanita negara mencipta sensasi apabila mengungguli Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia di Chennai, India pada Ahad.

Kejuaraan itu dilakar selepas Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi final.

Ia merupakan kemenangan berpasukan keempat berturut-turut Malaysia dalam acara wanita di peringkat remaja Asia selepas memenangi pada 2015, 2017 dan 2019.

Pemain muda, Aira Azman bermula cemerlang apabila menyumbang mata pertama menerusi kemenangan ke atas Wai Sze Wing 11-2, 11-9, 11-5.

Aksi Yasshmita juga tidak mengecewakan biarpun berdepan tentangan sengit Tse Yee Lam Toby sebelum menang 11-5, 7-11, 11-9, 9-11, 11-7.

Dalam pada itu, skuad lelaki negara meraih gangsa bersama Korea Selatan selepas tewas pada aksi separuh akhir di tangan Pakistan 0-2 pada Sabtu.