Banjir di Johor pulih, semua PPS ditutup

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Banjir di Johor pulih sepenuhnya berikutan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak, Segamat, pada 1 tengah hari tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, PPS itu sebelum ini menempatkan 22 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak.

"Kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas air banjir di kawasan tersebut surut dan selamat untuk mereka kembali ke kediaman masing-masing,” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

Johor dilanda banjir sejak 24 Jan lepas melibatkan lapan daerah iaitu Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing, Batu Pahat, Muar dan Tangkak dengan lebih 5,000 penduduk terjejas. - Bernama