Ronaldo jaring gol liga ke-500

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo meledak gol ke-500 peringkat kelab apabila menjaringkan empat gol ketika saingan Liga Pro Saudi pada Jumaat.

Pemain Portugal yang menyambut ulang tahun ke-38 pada Ahad, tidak dapat dihalang ketika menentang tuan rumah Al-Wehda apabila menjaringkan gol dalam masa 30 minit untuk kemenangan 4-0.

Ronaldo telah menjaringkan gol untuk lima kelab dalam lima liga yang berbeza sebelum ini.

Dia menjaringkan 103 gol untuk Manchester United, 311 gol untuk Real Madrid, 81 gol untuk Juventus, tiga gol untuk Sporting Lisbon dan kini mempunyai lima gol untuk Al-Nassr.

Untuk rekod, pemenang Ballon D'Or lima kali itu menandatangani perjanjian dua tahun setengah dengan Al-Nassr pada Disember, dilaporkan bernilai lebih 200 juta euro dan dilantik sebagai kapten pasukan.

Al-Nassr mendahului kedudukan selepas 16 perlawanan, sama dengan 37 mata dengan Al-Shabab di tempat kedua