Hussein dilantik Ketua Polis Selangor baharu

Hussein Omar Khan
Hussein Omar Khan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dilantik sebagai Ketua Polis Selangor baharu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pertukaran itu berkuat kuasa pada 13 Mac.

"Beliau (Hussein) akan memangku pangkat Komisioner Polis," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

30 Disember lalu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Selangor menggantikan Datuk Arjunaidi Mohamed yang bersara wajib pada 2 Januari.