Saya seorang pendosa: Daler Yusof

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Daler Yusof, 27, memberitahu, perkongsian mengenai peringatan berkaitan agama di laman sosial tidak bermaksud dia seorang yang alim.

Sebaliknya, anak kelahiran Tashkent, Uzbekistan, hanya cuba berbuat sesuatu yang baik.

“Saya nak cakap, hanya kerana saya berkongsi tentang peringatan agama, itu tidak bermaksud saya seorang yang alim ataupun pelajar yang berpengetahuan dalam bidang ini.

“Saya seorang pendosa dan mungkin pendosa terbesar di sini. Jangan bermohon untuk jadi seperti saya, jangan menjadikan saya sebagai idola.

“Saya bukan siapa-siapa, saya cuma nak perhatian Allah,” luahnya di Twitter.

No Image Caption

Sementara itu, dalam Twit berlainan Daler turut berkata, media sosial sepatutnya menjadi medan untuk masyarakat saling melengkapi antara satu sama lain.

Ujarnya, kerana media sosial juga secara tidak langsung telah menjadikan pelayar atau pengguna semakin suka menjadi hakim dan Daler menyifatkan perkara itu sebagai toksik.

Artikel Berkaitan:

“Saya tak alim dan ada khilaf juga tapi saya berjanji kepada diri sendiri akan tidak mengulangi kesilapan sama,” katanya.