Wanita warga Thailand antara korban gempa bumi di Turkiye

Mangsa yang cedera menunggu di hadapan sebuah hospital selepas gempa bumi di daerah Iskenderun di Hatay, Turkiye pada 6 Februari lalu. - Foto EPA
Mangsa yang cedera menunggu di hadapan sebuah hospital selepas gempa bumi di daerah Iskenderun di Hatay, Turkiye pada 6 Februari lalu. - Foto EPA
A
A
A

BANGKOK - Seorang wanita warga Thailand antara yang terbunuh dalam bencana gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pada Isnin.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Negeri (MFA) Kanchana Patarachoke berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh Kedutaan Thailand di Ankara.

"Mayat mangsa ditemukan di bawah runtuhan bangunan di Iskenderun. Kedutaan telah memaklumkan kepada keluarga mangsa dan akan mempercepatkan penyelarasan dengan pihak berkuasa Turki mengenai prosedur yang berkaitan," katanya pada Rabu.

MFA merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Setakat ini, lebih 8,500 orang terbunuh selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada Isnin. - Bernama