Real Madrid, Al-Hilal tentukan juara Piala Dunia Kelab

Rodrygo
Rodrygo
A
A
A

JUARA Eropah, Real Madrid akan membuat perhitungan akhir dengan juara Asia, Al-Hilal bagi merebut kejuaraan Piala Dunia Kelab di Stadium Putera Moulay Abdellah, Rabat pada awal pagi Ahad.

Juara La Liga Sepanyol itu mengesahkan slot perlawanan akhir selepas menyingkirkan cabaran juara Mesir, Al Ahly 4-1 di Maghribi pada Khamis.

Gol Real Madrid dijaringkan Vinicius Junior (42'), Fede Valverde (46'), Rodrygo (92') dan Sergio Arribas (98') manakala sepakan penalti Ali Maaloul (65') mengurangkan defisit Al-Hilal.

Tanpa beberapa pemain utama seperti penyerang Karim Benzema dan penjaga gol Thibaut Courtois, Real Madrid bergelut memecahkan kebuntuan, berdepan pertahanan Al Ahly yang tersusun rapi, dengan jagoan Mesir itu mengancam melalui serangan balas.

Penyerang sensasi Real Madrid, Luka Modric berpeluang melebarkan jaringan Los Blancos pada minit ke-65', namun sepakannya berjaya diselamatkan Mohamed El Shenawy.

“Kami tiba di sini dengan penuh semangat untuk bermain di final.

"Kami berasa teruja untuk bermain perlawanan akhir dan ada kebimbangan untuk bermain dengan baik.

"Kami perlu berehat, walaupun kami tidak mempunyai banyak masa. Kami perlu berehat dengan baik untuk mendapat kemenangan," kata pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti.