Belum bincang calon Peguam Negara - Anwar

Anwar dan Idrus.
Anwar dan Idrus.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan belum membincangkan calon Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang akan tamat tempoh pada Mac ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, perkara itu akan dibincangkan kelak.

"Kita akan bincang," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di sini pada Rabu.

Idrus dilantik ke jawatan itu secara kontrak selama setahun bermula 6 Mac 2020 dan disambung setahun lagi bermula 6 Mac 2022.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan tiga nama hakim disebut-sebut bakal menggantikan Idrus telah dikemukakan ke pejabat Perdana Menteri.

Mereka terdiri daripada seorang hakim mahkamah rayuan, Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang merupakan hakim mahkamah tinggi.