Kes bunuh: 7 individu termasuk anggota polis dituduh hari ini

Laporan Sinar Harian. (Gambar dalam : Idris)
Laporan Sinar Harian. (Gambar dalam : Idris)
A
A
A

KOTA KINABALU - [KEMAS KINI] Kertas siasatan kes pembunuhan seorang pemandu e-hailing di Tawau yang turut melibatkan lapan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah lengkap sebelum pertuduhan dibuat pada petang Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, kertas siasatan telah dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara pada Selasa.

"Kesemua tangkapan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau pada hari ini (Rabu) dan seramai tujuh suspek akan dituduh terdiri daripada enam pegawai dan anggota PDRM serta seorang orang awam.

"Pihak polis juga pada 30 Januari lalu telah menuduh seorang wanita awam yang merupakan isteri mangsa atas kesalahan yang sama," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya lagi, kesemua suspek dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat.

"Kesalahan ini memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan," katanya.

Sebelum itu, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Nurman Bakaratu, 61, pada 13 Januari lalu. tamat