Kurung rakan senegara, tiga lelaki ditahan

Tiga lelaki warga asing ditahan kerana terlibat dalam kes pengurungan dan pemerasan rakan senegara di Petaling Jaya, Ahad lepas.
Tiga lelaki warga asing ditahan kerana terlibat dalam kes pengurungan dan pemerasan rakan senegara di Petaling Jaya, Ahad lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pengurungan salah dan pemerasan wang RM25,000 membabitkan rakan senegara di Petaling Jaya, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga asing yang menyatakan dia dihubungi rakan senegara yang mendakwa telah diikat serta dikurung secara salah oleh sekumpulan lelaki dan mereka meminta wang tebusan sebanyak RM25,000.

"Bertindak atas maklumat, pada hari sama, sepasukan polis telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas tiga lelaki warga asing di PJ Centrestage,” menurutnya dalam kenyataan malam Selasa.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama empat hari hingga 9 Februari ini dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 348 Kanun Keseksaan. - Bernama