Perkampungan Warga Asing

A
A
A

Pemandangan dari udara sebuah perkampungan dalam hutan di sebuah kawasan tidak rata dan berpaya yang telah diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dalam satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu pada 1 Februari lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud hari ini berkata, rakyat Indonesia yang ditahan menerusi operasi penguatkuasaan di Nilai Spring pada 1 Feb lepas dipercayai tidak berniat untuk pulang ke negara asal sebaliknya ingin terus berada di negara ini walaupun tanpa dokumen sah.

Pada operasi tersebut, JIM berjaya menahan seramai 67 orang warga Indonesia berikutan tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Tinjauan Bernama di kawasan pada hari ini juga mendapati, penempatan itu telah dimusnahkan untuk mengelakkan mereka kembali ke sana.

Artikel Disyorkan