Busur panah tradisional

No Image Caption
A
A
A
Zulkifli Latif, 59, melakukan kerja-kerja pembuatan busur panah tradisional yang ditempah pelanggannya ketika tinjauan di Kampung Padang Hangus hari ini.

Menurut Zulkifli, dia mula menceburi sukan memanah sejak lebih 10 tahun lalu.

Katanya, ketika itu untuk mendapatkan alatan memanah terutama busur amat sukar dan mendorong dirinya untuk cuba membuat sendiri busur dengan menggunakan bahan antaranya buluh, kayu, rotan dan batang joran.

Menurutnya, ketahanan epoxy fiber (EFG) yang boleh dilentur dan tidak patah mendorongnya menggunakan bahan itu dalam pembuatan busur selain kelengkapan lain seperti kayu dan tali.

Setiap busur dijual dengan harga RM400 hingga RM450 dan dalam empat hari Zulkifli mampu menyimpan 10 unit busur sebelum dijual kepada pelanggan.

Menceritakan pengalamannya menceburi bidang pembuatan busur, Zulkifli berkata, minat mendalam terhadap sukan memanah, namun mendapatkan alatannya sukar ketika itu selain harganya yang mahal memberi ilham buatnya untuk membuat busur sendiri. - Foto Bernama.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Bacaan Yassin Warga TLDM Kota Kinabalu

No Image Caption
GALERI

Berswafoto dan beramah mesra

No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas