PRN: Wanita PH sedia kerjasama dengan Wanita UMNO

Nicole (enam dari kanan) bersama wanita-wanita MCA Negeri Sembilan.
Nicole (enam dari kanan) bersama wanita-wanita MCA Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Wanita Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bersedia bekerjasama dengan Wanita Barisan Nasional (BN) negeri itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

Ketuanya, Nicole Tan Lee Koon berkata, bagaimanapun ia tertakluk kepada perbincangan pimpinan Majlis Presiden PH.

"Kami telah pun memulakan langkah mengeratkan silaturahim menerusi program Hi Tea Perpaduan yang diadakan di sebuah hotel baru-baru ini yang turut dihadiri wanita MCA dan MIC.

"Ia nampak positif dan selepas ini kita merancang mengadakan lebih banyak program bersama," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, ia juga menjadi titik permulaan jalinan persahabatan perpaduan di antara Wanita PH dan Wanita BN demi masa depan negara khususnya di Negeri Sembilan.

Turut hadir, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Negeri Sembilan, Norwani Ahmat; Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan, Norzunita Begum; Ketua Wanita MCA Negeri Sembilan, Loh Siew Ying dan Ketua Wanita MIC Negeri Sembilan, Mageswary Krishnansamy.