'Kalah pun satu pengajaran' - Mohd Daud

Kalah adalah biasa, cara bangun dari kalah adalah luar biasa.

Aksi Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC terikat tanpa jaringan pada masa sebenar Piala Harapan 2023. - Foto: KDA FC
Aksi Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC terikat tanpa jaringan pada masa sebenar Piala Harapan 2023. - Foto: KDA FC
A
A
A

PEMILIK saham majoriti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar melihat kekalahan kelabnya kepada Selangor FC pada perlawanan Piala Harapan 2023 pada Khamis sebagai satu pengajaran untuk menjadi lebih baik.

Biarpun tewas 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan dalam tempoh 90 minit sebenar, beliau tetap melihat persembahan pasukannya semakin baik.

"Tidak apa, kalah pun satu pengajaran. Kalah adalah biasa. Cara bangun dari kalah adalah luar biasa.

"Persembahan Sang Kenari, pada hemat saya amat menarik. Ada gaya dan melodi, ada idea dan cara fikir. Apa yang kurang dan lompang mungkin keserasian," katanya dipetik melalui Facebooknya.

Tambahnya, pemain KDA FC perlu membentuk keserasian di antara satu sama selain mempunyai kesungguhan yang melangkaui tanda aras sebagai seorang juara.

"Setiap perjuangan perlu oksigen yang banyak untuk bernafas dan KDA FC perlukan oksigen juga," ujarnya lagi.

Sang Kenari bakal menentang Geylang FC pada petang Sabtu manakala Selangor dan Penang FC bertemu pada final bagi penentuan juara Piala Harapan 2023 pada sebelah malam.