Berjauhan dengan suami, wanita gigih jaga dua anak OKU

Anak perempuan Erra memerlukan perhatian lebih kerana tidak boleh bergerak.
Anak perempuan Erra memerlukan perhatian lebih kerana tidak boleh bergerak.
A
A
A

PASIR MAS - Berjauhan dengan suami hampir 300 kilometer (km) sejak tujuh tahun lalu tidak mematahkan semangat seorang ibu muda untuk menjaga dan menguruskan dua anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Malah, Erra Kasdarun, 26, turut menggalas tanggungjawab membantu ibu mentuanya mengusahakan kedai pemprosesan santan segar di Kampung Chenerai, di sini.

Dia terpaksa berjauhan dengan suaminya Muhammad Alief Farhan Rahman, 30, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah resort di Langkawi, Kedah.

Erra dan anak perempuannya menerima kunjungan dan kerusi roda daripada KELSS di rumahnya di Kampung Chenerai, Pasir Mas.
Erra dan anak perempuannya menerima kunjungan dan kerusi roda daripada KELSS di rumahnya di Kampung Chenerai, Pasir Mas.

Ujarnya, keadaan dua anak Muhammad Arief Fauzan,9, (masalah pembelajaran, pertuturan) dan Nur Farihah, 7,(saraf,pertuturan, anggota badan) membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal di kampung bersama mentua.

"Hanya itu pilihan terbaik buat saya. Hal ini kerana anak-anak perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital setiap bulan.

"Anak perempuan kami memerlukan perhatian lebih kerana dia tidak boleh bergerak. Dia hanya bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda," katanya.

Sebelum itu Erra menerima kunjungan Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS).

Dalam kunjungan tersebut KELSS telah menyampaikan bantuan berupa kerusi roda kepada anak perempuannya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 162487114805 Erra Kasdarun.