Republikan singkir Ilhan Omar

Ilhan Omar. - Foto Agensi
Ilhan Omar. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Parti Republikan (GOP) yang kini menguasai Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) sebulat suara menyingkirkan Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar kerana kenyataan 'sensitif' tentang Israel sebelum ini.

GOP memaklumkan langkah itu sebagai keputusan tegas terhadap sebarang bentuk kenyataan antisemitisme.

Parti Demokrat bagaimanapun menyifatkan ia sebagai tindakan balas dendam selepas dua anggota GOP disingkirkan daripada jawatankuasa sama pada 2020 ketika parti itu memegang majoriti di Kongres.

"Saya dianggap tidak layak untuk bercakap tentang dasar luar Amerika kerana status saya sebagai pelarian Somalia yang berhijrah ke negara ini," kata Ilhan sebelum proses undian itu pada Khamis.

Pada 2018, beliau mencipta sejarah apabila menjadi wanita Muslim pertama dilantik menganggotai Kongres. - Agensi