Rayuan ikat jamin Andrew Tate ditolak

Andrew Tate (kiri) dan Tristan Tate keluar dari sebuah mahkamah di mahkamah Bucharest, Romania. - AFP
Andrew Tate (kiri) dan Tristan Tate keluar dari sebuah mahkamah di mahkamah Bucharest, Romania. - AFP
A
A
A

BUCHAREST - Sebuah Mahkamah Rayuan Romania menolak permohonan ikat jamin Andrew Tate, pempengaruh kontroversi di media sosial yang disiasat bersama adiknya kerana terbabit dalam aktiviti pemerdagangan manusia dan rogol.

Pada 21 Januari lalu, mahkamah Bucharest melanjutkan penahanan dua lelaki tersebut selama 30 hari ketika siasatan diteruskan terhadap dakwaan memaksa wanita menjadi pelacur yang sebahagian aktiviti jenayah terancang.

Bagaimanapun, bekas peninju profesional Tate, 36, dan adiknya Tristan, 34, telah menafikan tuduhan tersebut selepas mereka ditangkap dan polis merampas 15 buah kereta mewah, 14 jam tangan serta wang tunai pada hujung Disember lalu.

Tate pernah popular pada 2016 semasa muncul dalam rancangan realiti 'Big Brothers' di Britain dan kemudian disingkirkan selepas video tular dia memukul seorang wanita. - AFP