Penganggur cabul, pukul kakak ipar ditahan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Polis menahan seorang penganggur kerana disyaki mencabul dan memukul kakak iparnya serta mengugut abang kandungnya di sebuah rumah di Kampung Tasik Permai, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita yang juga pengawal keselamatan berusia 38 tahun itu memaklumkan suaminya bertengkar dengan suspek di rumah mereka, kira-kira 12 tengah malam.

"Suspek berusia 32 tahun dipercayai berada dalam keadaan mabuk bertindak mencabul mangsa lalu mengarahkan wanita itu melakukan seks oral.

"Mangsa hanya berdiam diri, namun suspek memukulnya di kepala. Suspek turut membuat ugutan jenayah dengan meletakkan serpihan kaca di leher abang kandungnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek di lokasi kira-kira jam 12.50 tengah malam sebaik menerima maklumat berhubung kejadian.

"Suspek kini menerima rawatan di Hospital Ampang akibat kecederaan dialami selepas diserahkan orang awam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah, mencabul dan berkelakuan tidak sopan," katanya.