Bersatu hantar surat mohon SPRM batal pembekuan akaun

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meminta supaya perintah pembekuan akaun parti itu dibatalkan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, surat itu akan dihantar pada Khamis untuk diambil tindakan segera.

"Saya yakin rekod keluar dan masuk wang dalam akaun (seperti dalam penyata akaun) adalah teratur dan sah dari segi undang-undang.

"Bersatu akan menulis atau menghantar surat hari ini (Khamis) kepada SPRM supaya perintah pembekuan akaun parti akan dibatalkan," katanya ketika sidang akhbar selepas selesai Pemukiman Ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di salah sebuah hotel di sini pada Khamis.

Menurutnya, pembekuan akaun oleh SPRM ketika ini memberi kesan sangat besar kepada partinya terutamanya melibatkan pembayaran gaji kakitangan.

"Sebagai sebuah pertubuhan parti yang besar dan penting ia memberi kesan besar kerana kita perlu bayar gaji kakitangan, sewa premis dan sebagainya.

"Tindakan membekukan akaun parti ini sememangnya memberi kesan kepada kelancaran pentadbiran parti kerana kita tidak tahu sampai bila ia akan dibeku," katanya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan akaun Bersatu dibekukan sehari selepas parti itu mendedahkan penyata akaunnya kepada umum.

Pembekuan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Menurutnya, akaun parti berkenaan dibekukan sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Pada awalnya pembekuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana dana rangsangan kerajaan, berjumlah RM92.5 bilion semasa pandemik Covid-19 dan didakwa diselewengkan.

ARTIKEL BERKAITAN: PN lancar kabinet bayangan

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan parti politik: Kerajaan tidak campur tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Beku akaun Bersatu: Tak jejaskan Pas sebagai rakan gabungan

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan jadikan beku akaun 'motif politik' lumpuhkan Bersatu

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu hantar surat mohon SPRM batal pembekuan akaun

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO]Bersatu tidak terima sebarang dana pakej rangsangan: Muhyiddin

ARTIKEL BERKAITAN: Beku akaun: Bersatu jamin beri kerjasama penuh - Muhyiddin