Pusaran misteri bercahaya muncul di langit

Kemunculan pusaran bercahaya misteri itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial. - Foto Agensi
Kemunculan pusaran bercahaya misteri itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial. - Foto Agensi
A
A
A

HONOLULU - Sebuah teleskop Jepun berjaya merakamkan formasi seperti pusaran air bercahaya di langit pada waktu malam di Hawaii, Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu.

"Lingkaran terbang misteri itu dirakamkan kamera Subaru-Asahi Star di ruang udara puncak gunung berapi Mauna Kea pada 18 Januari lalu.

"Ia mungkin ada kaitan dengan pelancaran satelit GPS baharu oleh SpaceX di Florida.

"Pada mulanya, ia kelihatan seperti objek putih yang kecil sebelum menjadi seperti pusaran dan akhirnya hilang setelah bertukar bentuk cincin," jelas Teleskop Subaru yang ditempatkan di kepulauan yang menjadi tarikan utama pelancongan menerusi akaun milik mereka di Twitter.

Difahamkan, Teleskop Subaru yang berada di puncak Mauna Kea dikendalikan Pusat Pemerhati Astronomi Kebangsaan Jepun.

Sebelum kemunculan pusaran misteri itu, ia turut merakamkan pancaran cahaya hijau di langit dipercayai hasil pancaran laser sensor jarak jauh dari sebuah lagi satelit.

Pusaran sama pernah dilaporkan selepas pelancaran roket oleh SpaceX sebelum ini.

Pada Jun tahun lalu, objek misteri sama dilihat berlegar-legar di Queenstown, New Zealand pada hari sama Falcon 9 dilancarkan dari tapak sama di Florida. - Agensi