SUARA pertahan pelantikan Nurul Izzah

Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat kritikan daripada banyak pihak.
Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat kritikan daripada banyak pihak.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Rakyat Aman (SUARA) mempertahankan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan.

Pengerusinya, Datuk Hadzir Md Zain berkata, ini kerana bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dilihat tepat mengisi jawatan berkenaan bersandarkan kepada kelayakan dan kemampuan yang dimilikinya.

“Melihat kepada keadaan Nurul Izzah tidak memegang apa-apa jawatan rasmi bergaji besar sudah pastinya beliau mempunyai masa untuk merumus dan memperaku cadangan-cadangan penyelesaian untuk keputusan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, dengan pengalaman sebagai Ahli Parlimen dua Penggal dan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Negara tentunya Nurul Izzah layak memegang jawatan tersebut serta lebih memahami hasrat Perdana Menteri.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa keputusan yang dibuat itu bersifat praktikal memandangkan Perdana Menteri sedang berusaha untuk memulihkan keadaan kewangan negara di tahap yang lebih baik.

“Saya pasti Perdana Menteri sudah menjangka reaksi negatif pihak tertentu terutamanya musuh politik yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengkritik beliau," ujarnya.

Tambahan, mereka yang tidak dapat menerima tindakan itu lantas memberi pelbagai reaksi masing-masing kerana gagal memahami realiti cabaran semasa pentadbiran negara.