Pemuda didakwa bunuh warga emas

D Peter (tiga dari kiri) ketika di bawa keluar dari Mahkamah Majistret Jasin pada Rabu.
D Peter (tiga dari kiri) ketika di bawa keluar dari Mahkamah Majistret Jasin pada Rabu.
A
A
A

JASIN - Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas pertuduhan membunuh seorang warga emas berusia 91 tahun di Kampung Pulai Darat.

D Peter, 20, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Tan Chai Wei namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh seorang wanita, Misah Md Amin, 91, di Kilometer 16 Kampung Pulai Darat Merlimau, kira-kira jam 1.30 pagi pada 20 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Mac depan sebagai sebutan semula kes dan mendapatkan laporan bedah siasat.

Sinar Harian pada 20 Januari lalu melaporkan seorang warga emas ditemukan mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kilometer 16 Kampung Pulai Darat, Merlimau.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata, mangsa, Misah Md Amin, 91, ditemui terbaring di bahagian dapur rumah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.