Pekerja kontrak maut motosikal bergesel

Lelaki maut dalam kejadian awal pagi Ahad di Kilometer 26.8 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson. Keadaan motosikal mangsa - Foto PDRM
Lelaki maut dalam kejadian awal pagi Ahad di Kilometer 26.8 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson. Keadaan motosikal mangsa - Foto PDRM
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang pekerja kontrak maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal dinaiki dipercayai bergesel sesama sendiri dalam kejadian awal pagi Ahad di Kilometer 26.8 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian pada jam 2.40 pagi itu membabitkan dua motosikal ditunggang dua lelaki berusia 20 tahun.

"Mangsa, Muhamad Syazwan Shaari berasal dari Port Dicskon yang menunggang motosikal Yamaha Y15 maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki Muhammad Syazwan dan seorang lagi penunggang, Mohammad Haikal Sapian bergerak secara berkumpulan telah terjatuh dan terbabas dipercayai bergesel sesama sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, akibat kemalangan itu, Muhammad Syazwan maut di lokasi kejadian manakala Mohammad Haikal yang bekerja sebagai pembantu kedai mengalami luka ringan di bahagian muka dan tangan.

"Sewaktu kemalangan, permukaan jalan lurus dua lorong itu adalah rata dan kering serta jalan gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat dan mangsa yang cedera kini dirawat di hospital sama," katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

habis