Terbuka Australia: Sabalenka akui tak tidur lena

Aryna Sabalenka - Foto: AFP
Aryna Sabalenka - Foto: AFP
A
A
A

JUARA baharu Terbuka Australia, Aryna Sabalenka mengakui tidak dapat tidur lena selepas menjuarai kejuaraan Grand Slam tersebut.

Pemain tenis Belarus itu memenangi gelaran Grand Slam pertamanya selepas bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menewaskan Elena Rybakina 4-6, 6-3, 6-4 dalam perlawanan akhir di Arena Rod Laver.

“Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana dapat melakukannya, sukar untuk menggambarkan perasaan saya sekarang dan ini adalah hari terbaik dalam hidup saya.

“Saya masih berasa seperti berada di planet lain dan cuba memahami apa yang baharu berlaku. Namun sepanjang perlawanan saya berusaha mengekalkan ketenangan,” kata Sabalenka yang tersingkir pada pusingan keempat di Melbourne Park tahun lalu.

Aryna Sabalenka muncul juara bahara Terbuka Australia selepas menewaskan Elena Rybakina di Arena Rod Laver.
Aryna Sabalenka muncul juara bahara Terbuka Australia selepas menewaskan Elena Rybakina di Arena Rod Laver.

Sabalenka yang dilatih Anton Dubrov bakal berstatus nombor dua dunia pada Isnin selepas pemain berusia 24 tahun itu merangkul kejuaraan tersebut.