Bintang 'Bridgerton' Rege-Jean Page dinobat lelaki paling kacak

Foto Instagram Rege-Jean Page
Foto Instagram Rege-Jean Page
A
A
A

AKTOR yang popular menerusi siri 'Bridgerton', Rege-Jean Page dinobat sebagai lelaki paling kacak di dunia, menurut dapatan sains.

Menurut pakar bedah plastik British, Julian De Silva, pelakon berusia 34 tahun itu mempunyai bentuk simetri wajah yang paling tepat.

"Didapati (wajahnya) 93.65 peratus tepat kepada Nisbah Emas Yunani yang mengukur kesempurnaan fizikal," kata De Silva.

Sebelum ini, dapatan sains menyifatkan simetri muka sebagai penentu estetik kepada tahap 'wajah yang menyenangkan'.

Penyelidikan menunjukkan bahawa wajah yang cantik cenderung untuk menepati nisbah emas, yang mempunyai nilai malar 1.618, juga dikenali sebagai Phi, atau nombor Fibonacci.

De Silva berkata, markah itu diperoleh melalui teknik pemetaan berkomputer yang dibangunkannya.

Di belakang Page ialah pelakon Australia, Chris Hemsworth dan pelakon Amerika, Michael B Jordan, yang masing-masing mencatat 93.53 peratus dan 93.46 peratus ketepatan kepada nisbah emas.

Penyanyi Britain, Harry Styles berada di tempat keempat dengan 92.30 peratus.

Pada Oktober 2022, De Silva menggunakan teknik pemetaan yang sama untuk menobatkan pelakon Britain, Jodie Comer sebagai wanita paling cantik di dunia dengan skor 94.52 peratus.

Pelakon Zendaya, supermodel Bella Hadid dan bintang pop Beyonce juga menduduki empat kedudukan teratas. - Awani