UMK garis sembilan strategi penyelidikan komersial

Penuntut UMK yang menjalankan analisis emas dan logam bumi. - Foto UMK
Penuntut UMK yang menjalankan analisis emas dan logam bumi. - Foto UMK
A
A
A

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggariskan sembilan strategi menerusi penubuhan pusat penyelidikan dan kecemerlangan dalam memberi fokus terhadap penyelidikan komersial di universiti itu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ts Dr Arham Abdullah berkata, inisiatif baharu itu dilakukan melalui Nine Strategic Innovation Initiatives (9SI2) yang diyakini mampu meningkatkan sumber pendapatan universiti.

“Sembilan pusat itu termasuk Gold Rare Earth and Material Technopreneurship Centre (GREAT), Angkasa UMK Research Academy (AURA), Innovation and Entrepreneur Incubation Centre (IEIC) dan Tropical Rainforest Research Centre (TRACE).

“Usaha merangkumi teras sains teknologi, sains sosial, kemanusiaan dan kesenian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini pada Sabtu.

Menurutnya, penubuhan pusat kecemerlangan itu turut mengambil kira kerjasama golongan akademik, industri, kerajaan dan komuniti.

GREAT ditubuhkan di UMK mampu jana pendapatan universiti. - Foto UMK
GREAT ditubuhkan di UMK mampu jana pendapatan universiti. - Foto UMK

“Kami didokong dengan penubuhan 4IR Competence Centre, Ruminant Innovation and Commercialization Hub (RICH), Pusat Pemikiran Keamanan dan Kesejahteraan Insan (PEMIKIR), Jeli Food Farm Valley (JFFV) dan DAM Studio di bawah Quadruple Helix.

“Penubuhan GREAT, IEIC, TRACE, JFFV sudah mula beroperasi dan berjaya menyumbang pendapatan kepada universiti,” katanya.

Tambah Dr Arham, penubuhan GREAT antaranya bertujuan menjalankan analisis emas dan logam bumi yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat bawah kerajaan negeri Kelantan

“GREAT berfungsi menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan mineral dan emas di negeri Kelantan.

“GREAT dapat membantu industri dan menjadi sebagai pusat sehenti bagi verifikasi kualiti emas di Malaysia,” katanya.