Muqharabbin umum letak jawatan Exco Pemuda UMNO

Muhamad Muqharabbin
Muhamad Muqharabbin
A
A
A

SHAH ALAM - Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan peletakkan jawatannya berkuat kuasa serta merta pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan akan turut melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana demokrasi sudah mati dalam parti berkenaan dan turut menyifatkan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ketika ini sebagai paling penakut dalam sejarah UMNO.

"Saya akan serahkan surat rasmi perletakan jawatan dalam minggu ini.

"Tiada guna orang muda seperti saya dan lain-lain berjuang untuk perjuangan nenek moyang bangsa agama kami tetapi dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya pada Sabtu.

Pada Jumaat, mesyuarat MKT memutuskan pemecatan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada masa sama, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas naib presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tunduk dipecat daripada UMNO: KJ

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan Presiden, MKT lemahkan kebangkitan UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO pecat KJ, Hishammuddin dan Shahril digantung keahlian

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] UMNO gantung keahlian Noh Omar

ARTIKEL BERKAITAN:Noh Omar dipecat selepas pertikai penggantungannya

ARTIKEL BERKAITAN:Noh hadir mesyuarat MKT UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:Pas Selangor terbuka terima Noh, ahli UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:Pembersihan bebaskan UMNO dari 'gunting dalam lipatan'

ARTIKEL BERKAITAN:Pembersihan UMNO: 'Jangan pecat bekas pemimpin'