Mangsa banjir Johor turun 3,328 orang

Laluan Mersing - Kota Tinggi masih dinaiki air namun boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Laluan Mersing - Kota Tinggi masih dinaiki air namun boleh dilalui oleh semua kenderaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan penurunan apabila seramai 3,328 orang daripada 922 keluarga masih berada empat di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8.30 malam Jumaat.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), penurunan itu turut menyaksikan empat lagi PPS ditutup pada Jumaat.

“Setakat jam 8 malam, seramai 3,328 mangsa banjir daripada 922 keluarga masih berada di PPS.

“Manakala empat PPS yang ditutup pada petang tadi melibatkan Balai Islam Kampung Gubah dan Balai Raya Kampung Jabi di Segamat, Balai Raya Kampung Bentong di Kluang dan Dewan GDW Felcra Bukit Kepong, di Muar," katanya.

Katanya, penutupan itu menyaksikan hanya 35 sahaja PPS yang masih beroperasi di enam daerah bagi menempatkan mangsa banjir yang masih terjejas.

Untuk rekod, Mersing mencatatkan jumlah penduduk paling ramai terjejas apabila 1,792 daripada 513 keluarga masih berada di 12 PPS.