Saya bukan provoke netizen: Amelia Henderson

Amelia Henderson
A
A

KETERBUKAAN selebriti serba boleh, Amelia Henderson berkongsi gambarnya walaupun berpakaian seksi di laman sosial Instagram menerima reaksi pelbagai daripada netizen.

Ada yang memuji, namun kebanyakannya melemparkan pelbagai cemuhan melihat fesyen-fesyen yang digayakannya.

Namun bagi tuan punya badan, dia melihat keterbukaan itu sebagai satu pendirian dan tidak mahu bersikap hipokrit hanya kerana mahu memuaskan hati pengikut Instagramnya.

"Saya bukan mahu provoke netizen. Kebanyakan gambar yang saya kongsi membabitkan gambar ketika bekerja, menghadiri majlis tertentu. Tapi tentulah ia mengikut kesesuaian tempat.

"Apa yang penting, saya tidak mahu bersikap hipokrit hanya kerana mahu memuaskan hati pengikut Instagram saya. Pakai tutup-tutup, tapi kemudian bocor gambar saya berpakaian seksi dan sebagainya.

"Bagi saya mudah, kalau tak suka, tak payah tengok, tak payah follow," ujar selebriti berusia 24 tahun ini.

Amelia ditemui pada majlis pelancaran Rexona Whitening Fresh Rose Launch di The Grounds, Petaling Jaya baru-baru ini.