Cendawan Tiram Putih

A
A
A
Peserta Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan Nur Aini Lim Abdullah memetik cendawan tiram putih ketika ditemui Bernama di pejabat MACMA di Taman Maju hari ini.

MACMA Cawangan Kelantan menjana pendapatan bagi golongan mualaf sejak Oktober tahun lalu dengan memiliki dua unit rumah cendawan pintar Imistroom dengan kapasiti maksimum 10,000 bongkah yang mampu mengeluarkan hasil sebanyak 3,000 kilogram (kg) satu musim.