Danjuma perkemaskan cabaran Tottenham

Arnaut Danjuma
Arnaut Danjuma
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur menandatangani pemain sayap, Arnaut Danjuma secara pinjaman daripada kelab LaLiga Sepanyol, Villarreal sehingga akhir musim.

Menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Khamis, Danjuma akan menjadi pembelian pertama pasukan dari London kendalian Antonio Conte tersebut pada jendela perpindahan Januari.

Danjuma menjaringkan enam gol dalam 17 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Villarreal musim ini.

Jaringan itu menjadikan jumlah keseluruhannya untuk pasukan LaLiga itu kepada 22 gol dalam 51 perlawanan.

Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun itu mempunyai pengalaman bermain di England, pernah bersama Bournemouth selama dua tahun sebelum berpindah ke Villarreal.

Danjuma pertama kali dipanggil ke pasukan kebangsaan Belanda pada Oktober 2018, mendapat panggilan semula musim lalu, kini mempunyai dua gol dalam enam penampilan antarabangsa.

Media Britain sebelum ini melaporkan bahawa Everton yang bergelut dengan penyingkiran hampir untuk menandatangani Danjuma sebelum Tottenham yang berada di kedudukan kelima liga mengikatnya.