PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian

PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan peletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.
PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan peletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.
A
A
A

SEREMBAN - Parti Bangsa Malaysia (PBM) Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan peletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden PBM, Datuk Larry Sng.

Pengerusinya, Rosman Jonet dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri, Negeri Sembilan di Laman Permai Juasseh, Kuala Pilah pada 20 Januari lepas.

Beliau berkata, pembubaran itu melibatkan Jawatankuasa Bahagian Port Dickson, Jempol, Tampin, Rasah, Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah.

"Secara konsensus dan permuafakatan, barisan kepimpinan bersetuju meletakkan jawatan serta membubarkan keseluruhan ahli jawatankuasa negeri dan bahagian PBM berkuat kuasa serta-merta,” katanya. - Bernama