China dalam bahaya

Lebih 4.1 juta orang melakukan perjalanan kereta api semasa cuti perayaan Tahun Baharu China. - AFP
Lebih 4.1 juta orang melakukan perjalanan kereta api semasa cuti perayaan Tahun Baharu China. - AFP
A
A
A

BEIJING - Lapan daripada sepuluh rakyat China telah dijangkiti Covid-19, dakwa saintis kerajaan, lapor CNN.

Ketua Ahli Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou berkata, pada malam Tahun Baharu Cina, gelombang wabak telah menjangkiti kira-kira 80 peratus orang di negara mempunyai 1.4 billion penduduk.

Dakwaan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan kunjungan semasa tempoh cuti perayaan tersebut yang mungkin menyebarkan virus ke kawasan luar bandar dan menyebabkan berlaku gelombang jangkitan kedua.

Bagaimanapun, Wu bercakap di akaun media sosialnya bahawa senario ini kemungkinan menyebabkan ramai telah dijangkiti wabak tersebut.

"Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, kemungkinan pemulihan Covid-19 pada skala besar di seluruh negara adalah sangat kecil," katanya.

Kementerian Pengangkutan China menganggarkan lebih dua billion perjalanan 'balik kampung' akan berlaku semasa musim perayaan ini selepas perjalanan domestik tanpa sekatan dimansuhkan sejak wabak melanda tiga tahun lalu.

Stesen penyiaran CCTV melaporkan bahawa lebih 26 juta perjalanan dibuat pada malam Tahun Baharu China.

Katanya, lebih 4.1 juta orang melakukan perjalanan kereta api manakala 76,000 orang menaiki pesawat penumpang semasa pada percutian sebelum bermulanya perayaan tersebut.

Sistem perjalanan negara merekodkan lebih 20 juta perjalanan penumpang pada hari sama iaitu 55.1 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2022. - Agensi