Gempa bumi sederhana landa utara Laut Maluku

Gempa itu berlaku pada jarak 155 kilometer (km) tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia, dengan kedalaman 72km.
Gempa itu berlaku pada jarak 155 kilometer (km) tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia, dengan kedalaman 72km.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 10.13 pagi Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 155 kilometer (km) tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia, dengan kedalaman 72km.

Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Terdahulu, gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda kawasan yang sama pada 18 Jan.

Gegaran ketika itu berlaku pada kedudukan 163km selatan dari Pulau Talaud dengan kedalaman 67km. - Bernama