Suspek kes tembakan Tahun Baharu Cina ditembak mati

Polis di California, Amerika Syarikat (AS) menembak mati suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park ketika sambutan Tahun Baharu Cina. - Foto Reuters
Polis di California, Amerika Syarikat (AS) menembak mati suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park ketika sambutan Tahun Baharu Cina. - Foto Reuters
A
A
A

LOS ANGELES - Polis di California, Amerika Syarikat (AS) menembak mati suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

Pertempuran berlaku pada Ahad ketika suspek dikatakan berada dalam sebuah van di Torrance, Los Angeles, lapor Los Angeles Times.

Rakaman media menunjukkan mayat seorang lelaki di bahagian pemandu.

Dalam kejadian pada Sabtu, 10 individu terkorban selepas seorang lelaki melepaskan tembakan ketika ribuan penduduk sedang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Monterey Park.

Siasatan mendapati suspek dipercayai seorang lelaki berketurunan Asia berusia antara 30 hingga 50 tahun.

Sejurus selepas kejadian, polis menyiarkan poster suspek yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pihak berkuasa turut menyiasat serangan itu dengan satu lagi serangan yang berlaku di dewan tari berhampiran selang 20 minit selepas kejadian.

Motif serangan masih dalam siasatan. - Awani