Maritim Selangor aktifkan carilamat warga emas dipercayai lemas

Usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan Maritim Selangor serta dibantu agensi penyelamat lain seperti Bomba dan APM. (Gabmbar kecil : Beberapa barangan peribadi milik mangsa ditemui berhampiran Jeti Awam Tanjung Sepat sebelum mangs dilaporkan terjatuh.)
Usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan Maritim Selangor serta dibantu agensi penyelamat lain seperti Bomba dan APM. (Gabmbar kecil : Beberapa barangan peribadi milik mangsa ditemui berhampiran Jeti Awam Tanjung Sepat sebelum mangs dilaporkan terjatuh.)
A
A
A

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang lelaki warga emas hilang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam laut berhampiran Jeti Awam Tanjung Sepat di sini sejak Jumaat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Selangor Kepten V.Siva Kumar berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa berumur 63 tahun itu digerakkan pihaknya sejak malam Sabtu dengan mengatur gerak bot Perkasa 36.

Menurutnya, pencarian disambung jam 7 pagi Ahad dengan dibantu agensi penyelamat lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut bersama menjalankan usaha mencari mangsa.

"Selain itu, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di Jeti Maritim Awam Tanjung Sepat bagi melancarkan lagi operasi ini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa dipercayai terjatuh setelah motosikal dan beberapa barangan peribadi milik mangsa ditemui di sekitar jeti terbabit.

"Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju kemeja biru muda dan berseluar pendek warna coklat sebelum dilaporkan hilang.

"Sebarang maklumat, aduan dan serta situasi kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera," katanya.