Hadi ucap Selamat Tahun Baharu Cina, gesa jalin hubungan erat

Hadi memuat naik ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada kaum Tionghua di akaun Twitter beliau.
Hadi memuat naik ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada kaum Tionghua di akaun Twitter beliau.
A
A
A

SHAH ALAM - Bersempena perayaan Tahun Baru Cina, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa rakyat negara ini untuk bersama-bersama menjalinkan hubungan yang erat antara keluarga, sanak saudara dan seluruh kaum.

Dalam hantaran sempena perayaan Tahun Baru Cina menerusi laman Twitter beliau pada Sabtu, Abdul Hadi berkata, kerukunan itu sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni dan stabil.

"Islam sangat menghormati dan menjaga hubungan semua pihak serta berlaku adil terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Kewujudan kepelbagaian kaum dan bangsa di Malaysia sebagai satu perkara positif berkonsepkan masyarakat majmuk yang berasaskan kepada konsep negara Madina di zaman nabi," ujarnya pada Sabtu.

Tambah Abdul Hadi, setiap bangsa mempunyai kelebihan dan kepakaran tersendiri yang boleh dimanfaatkan dengan baik demi membangunkan negara.

"Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Cina khususnya kaum Tionghua yang hidup bersama kita di Malaysia," jelasnya.