Amaran hujan berterusan di enam negeri

Beberapa kawasan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah dijangka mengalami hujan berterusan peringkat waspada sehingga Rabu ini. - Foto Bernama
Beberapa kawasan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah dijangka mengalami hujan berterusan peringkat waspada sehingga Rabu ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan enam negeri hingga 25 Januari.

MetMalaysia memaklumkan, ia melibatkan kawasan tertentu di negeri Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan MetMalaysia.
Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan MetMalaysia.

Menurutnya, amaran hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sehingga Ahad ini.

Sementara Dungun dan Kemaman, Terengganu; Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang; Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor sehingga 25 Januari.

Hujan berterusan peringkat waspada juga dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi), Sarawak.

Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Tambah MetMalaysia, hujan berterusan di Sarawak dan Sabah dijangka berlaku pada Isnin hingga Rabu.

Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan MetMalaysia.
Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan MetMalaysia.