Farm Fresh dinobat Pilihan Pengguna Malaysia buat kali kedua

A
A
A

Farm Fresh dinobat anugerah platinum dalam kategori Minuman-Tenusu di Brand Putra Awards 2022
Farm Fresh dinobat anugerah platinum dalam kategori Minuman-Tenusu di Brand Putra Awards 2022

SHAH ALAM - Farm Fresh Berhad sekali lagi mencipta kejayaan apabila menerima Anugerah Platinum di Putra Brand Awards 2022 dalam kategori Minuman-Tenusu, menjadikan ini kemenangan platinum untuk dua tahun berturut-turut.

Farm Fresh berjaya menewaskan pesaing mereka iaitu enam jenama lain di dalam kategori yang sama, sekaligus mengekalkan kemenangan platinum anugerah yang pertama kali dimenangi pada tahun 2021 itu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee, berkata, Farm Fresh telah berkembang sepanjang 13 tahun sehingga menjadi syarikat tenusu terbesar di Malaysia dan sekali lagi telah memenangi hati pengguna Malaysia sebagai tenusu pilihan mereka.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna Malaysia yang terus percaya dan yakin dengan produk kami.

“Tanpa kepercayan mereka, kami tidak akan mampu capai apa yang kami ada hari ini, dan kami sentiasa berbangga kerana kami adalah syarikat tempatan yang kini menjadi pilihan semua,”katanya.

Brand Putra Awards anjuran Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) sejak 2010 diiktiraf oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan disokong oleh Persatuan Para Pengiklan Malaysia, Persatuan Pakar Media dan Persatuan Digital Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Pemenang Brand Putra Awards diundi oleh pengguna Malaysia. Pada tahun 2022, lebih 25,000 respons telah diterima dalam tempoh lapan minggu akhir September hingga pertengahan November daripada pengguna yang menjawab jemputan untuk menyertai tinjauan yang diterbitkan di 60 laman web.

Farm Fresh telah berkembang menjadi jenama susu segar pilihan nombor satu rakyat Malaysia dan juga telah dieksport ke Brunei dan Singapura, dan dijangka akan terus berkembang ke Filipina dan Indonesia di masa hadapan.

Semenjak permulaan mereka pada tahun 2010, Farm Fresh Berhad komited dalam mengeluarkan produk yang berkhasiat dan bernutrisi tinggi, sambal mengekalkan piawaian yang tertinggi dalam kebajikan haiwan, proses pengeluaran produk yang tidak mencemarkan alam sekitar, dan memberi peluang pekerjaan kepada komuniti lokal yang berbakat dan berkemahiran tinggi.

Usaha kelestarian alam Farm Fresh yang berterusan ini telah diiktiraf oleh Stewardship Asia Centre sebagai salah satu initiatif contoh di Asia Tenggara sewaktu Steward Leadership 25 Summit November tahun lalu.

Farm Fresh Berhad telah memperkenalkan 147 jumlah produk dibawah pelbagai jenama termasuk Farm Fresh, Master Barista, Henry Jones, Yarra Farm, Yarra by Farm Fresh dan Nubian Goat’s Milk.

Farm Fresh baru-baru ini telah memperkenalkan susu rumusan sedia diminum, Farm Fresh Grow, susu yang dirumus khas untuk anak-anak yang sedang membesar. Diperbuat dengan susu lembu asli dan diperkaya dengan khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran anak-anak, tanpa tambahan bahan yang biasa ditemui seperti maltodekstrin, minyak sayuran dan kalsium karbonat.

Pada hari ini, Farm Fresh beroperasi dengan enam ladang tenusu dan tiga fasiliti pemprosesan di Malaysia dan Australia dengan jumlah keluasan ladang sebesar 5,416 ekar dengan saiz ternakan berjumlah 10,309 ekor lembu betina dan jantan.