H1N1 di Ipoh terkawal, kata menteri

Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 22 kes baharu disyaki Influenza A (H1N1) dikesan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

Ini menjadikan jumlah kumulatif dilaporkan di sekolah tersebut seramai 102 orang termasuk seorang guru yang mempunyai jangkitan saluran pernafasan seperti demam, sakit tekak dan batuk, katanya.

Menurutnya, terdapat seorang lagi murid STAR dimasukkan ke hospital swasta ketika ini dan masih menunggu keputusan makmal dan keadaan pelajar itu dilaporkan stabil.

"Seramai 51 pelajar lagi masih diasingkan di asrama sekolah dan pemantauan ke atas mereka diteruskan,” katanya selepas melancarkan Bulan Pemakanan Malaysia di sini, hari ini.