Tiga rakan berdepan hukuman gantung

Tiga rakan dituduh mengedar dadah di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Khamis.
Tiga rakan dituduh mengedar dadah di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Khamis.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Khamis atas tuduhan mengedar dadah dalam kejadian, minggu lalu.

Dua daripadanya, iaitu V Balan, 36 dan A Vedhiswaran, 22, merupakan warga tempatan manakala seorang lagi rakan mereka, Velu, 24, merupakan warga negara Myanmar didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis heroin dengan anggaran berat 1.67 kilogram.

Perbuatan itu dilakukan pada jam lebih kurang 11 malam di sebuah pondok berbumbung di pekarangan kandang lembu di Kampung Sungai Division dekat sini, 9 Januari lalu.

Oleh sebab itu, mereka telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum gantung boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Mat Shah manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret M Kalaiarasi menetapkan tiada jaminan diberikan dan tarikh sebutan semula akan dibuat pada 20 Mac depan bagi menunggu keputusan laporan kimia.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis berjaya merampas dadah bernilai hampir RM60,000 dalam serbuan di sebuah pondok di pekarangan kandang lembu di Kampung Sungai Division di sini Isnin lalu.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, serbuan kira-kira jam 11 malam itu dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.