Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua rakan terlepas tali gantung, dipenjara 5 tahun

A
A
A

BERITA SEMASA 9 MEI 2023

Dua rakan terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada Selasa meminda pertuduhan membunuh seorang lelaki, tiga tahun lalu kepada membunuh tanpa niat, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Hakim Bhupindar Singh menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Muhammad Iman Divaharan Abdullah dan GS Suria Sekaran kerana menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Ling Hua Chai.

Mahkamah memutuskan pertuduhan daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan diturunkan kepada Seksyen 304(b) kanun yang sama pada peringkat penutupan pembelaan.

Artikel: https://bit.ly/3HU44h3

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian